Friday, July 12, 2013

Kenapa perempuan yang mula dulu?

Zaman sekarang sangat maju, anak-anak dari seusia 3 tahun sudah pandai menggunakan gadget terkini. Apa ntah lagi remaja diketika ini...

Saya ingin berkongsi sedikit perkembangan anak-anak berkenaan dengan pergaulan mereka bersama rakan disekolah. Saya selalu mendampingi dan akan berbicara secara terbuka setiap kali sebelum mereka tidur. Cerita di bawah yang akan saya kongsikan situasi yang mereka hadapi dan di harap perkongsian ini tidak di cut dan paste dan dijadikan rujukan di mana-mana ruang tanpa izin dari saya.

Suntikan darjah satu. Suntikan apa yer? saya call pejabat sekolah, mereka tidak pasti  apa nama suntikan untuk murid darjah 1 yang diberikan. Kata Iskandar dia diberi suntikan dan ubat titik dalam mulut.  3 hari sengal lengannya. 

Iskandar berusia 7 tahun (2013),

Febuari 2013,
Kawan lelaki tadikanya memulakan pergaduhan dengan menunjukan muka tidak puas hati ketika iskandar menjawab semua soalan gurunya ketika belajar, hal ini berpanjangan kerana ibu kepada pelajar tersebut memberitahu kepada anaknya bahawa jangan kawan dengan Iskandar ( mungkin ibu kawannya itu ingin anaknya berkawan dengan semua org bukanlah dari kawan lamanya sahaja). Mungkin ini di salah ertikan oleh mereka berdua, maka bila mereka berjumpa suasana jadi tegang sahaja. Dan pada satu hari, waktu balik Iskandar di tumbuk oleh kawannya yang sama tadi. Atas alasan dia ketua kelas sekolah agama Iskandar tidak masuk barisan ketika beratur. Iskandar balik dengan kecewanya memberitahu saya tentang perangai kawan yang dia selalu jaga hatinya. Hal ini sudah diselesaikan selepas saya berhubung dengan ibu pelajar tersebut.

Jun 2013,
Esok abang tak nak pergi sekolah agama tau mama. Kenapa? Abang takut la sebab ada orang buli. Siapa? Abang tak kenal, dia menceritakan bahawa kawan baiknya dari tadika ingin bergurau dengannya tapi Iskandar tiada mood untuk itu, maka dia tertepis lengan kawannya yang ingin bergurau, ketika itu kawannya terus merajuk dan memberitahu kumpulan pelajar lelaki seorang dari kelasnya dan tiga lagi dari kelas lain yang dia tidak kenali. Mereka mula bertengkar dan bertumbuk. Iskandar mendiamkan diri dan menahankan diri dari ditolak dan nasib baik loceng rehat berbunyi menandakan waktu rehat tamat. Semuanya beredar dari tempat tersebut. Tapi hal ni dah diselesaikan sendiri sehari selepas dia tidak hadir kesekolah, kawan perempuannya itu meminta maaf dan tiada hal yang berpanjangan berlaku.

Kedua masalah yang dihadapi ni merupakan hal yang sangat serius bagi saya la. Ada juga hal kecil-kecil yang lain seperti pergaulan dia bersama kawan perempuannya di sekolah kebangsaan. Saya melihat dengan sendirinya ketika saya mengambilnya pulang dari sekolah. Ketika itu semasa Iskandar berjalan menuju ke arah saya, tiga orang pelajar perempuan mengekori di belakangnya dan saya dengar mereka bercakap "kau ni asik nak ikut boyfriend kau je...eh suka hati aku la..." kemudian mereka mengucapkan "bye Iskandar" dan kami berlalu pergi...hari keesokkannya, Iskandar berlari kearah saya dan memberitahu bahawa kawan-kawan perempuan semalam mengejarnya...hahahhahahaha adessss hal ini berlanjutan seminggu selepas saya memberitahu kepada iskandar supaya turun bersama kawan lelaki yang lain.

Ada lagi satu kes, penolong di kelasnya pula yang menyakat...abang malu la mama nak pergi sekolah esok. Kenapa? penolong abang tu, haritu dia cakap I Love U, pastu semalam dia nyanyi kuat-kuat I Love U Iskandar!!! dah semua kawan abang cakap abang cinta dia....

Kes ni mama tak tahu nak kata apa...tanya papa la...memang haram la nak tanya papanya...satu benda pon dia tak pernah share dengan papa dia...lagi dia minta kita rahsiakan saja...maka layan je apa yang ingin disampaikan dan ajar bagaimana dia berfikir untuk mengatasinya sendiri kalau malas nak fikir...gaggaaggaa

Susah tau sebenarnya melayan, mendidik mereka dengan cara yang positif tambah-tambah waktu emosi kita terganggu...paling kurang pon ambil tahu dan biar mereka luahkan kepada kita jangan mereka cari kawan untuk meluahkannya dahulu...(pengajaran saya ketika dulu)


Selepas tonton video di bawah terus membuatkan saya ingin berkongsi dengan kisah Iskandar,


(video atas : Puteri Awani meluahkan kasih sayangnya kepada kawan lelakinya...pst, sweet je puteri awani ni kan, kalau dia luahkan mcm  tu untuk mama/papa dia mesti sejuk perut mama dia hehehe)

Parody "couple seminggu" dari bobo :


Hahahahha..jahat la bobo hahahhahaha

Harap apa yang berlaku pada harini, kita sebagai penjaga dan ibubapa harus la memberi kasih sayang yang sempurna sebelum mereka mencari kasih sayang dari orang lain. Gadget parent kena pantau dan kena tau segala software yang ada, lagi bagus jadi stalker anak dari stalk org lain..ngeeee

Soalan cepu emas dari Iskandar : Kenapa perempuan yang mula dulu yer mama????

pst, Ismeth masih belum dapat menyelami dia lagi, dia susah nak bercerita apa yang berlaku kepadanya. Lain orang suruh cerita lain yang dia beritahu. Teacher dia yang bagitahu dia kena kiss dengan gegirl kat sekolah...agagaga kena minta bantuan papa dia la pulak khen....

Hope akal saya diberi kekuatan dalam menempuhi cabaran anak-anak yang semakin membesar.

post signature

10 comments:

Nurzakiah Hanum said...

sis kuat anum tau..

Khariatul Hakmah said...

salam kenal..sy khai ur latest follower..bagus cara sis pantau ank bkn pe skrg dh mcm2 kejadian..yg penting ank selamat :)

weschairs said...

Suka baca artikel macam ni...

Nad MamaZN said...

Aduhh kesiannya iskandar
Sgt mencabar !
Xtau la ek..
Sbb perempuan ni lebih berperasaan kot
Apa2 dibuat semua libatkan perasaan
Lelaki ni rilekss sket
Tu sbb kalau berlawan mulut ke apa, lelaki bleh berkawan balik
Cuba yg pompuan.. Mau sentap2..

Apaapapun moga iskandar sabar hadapi dugaan :)

shark said...

agak2 untk thn akan datang cmner ler prangai budak2 nnti..

beta kupu said...

Kelakar pun ada cite sis ni...tp bley jd sirius...apa2 pun, kecik2 lg dah hot anak2 sis ;)

aizamia3 said...

paling risau bila ada kes anak kena buli kat sekolah.. tapi setakat Alhamdulillah keadaan masih terkawal dan moga berterusan hendakNYA..

E'in said...

aduhai, bdk2 zaman skrg ek kak.. mcm adik kite, lelaki, darjah 2, kwn perempuan die bg surat kat die, tulis "I LOVE U"... adoi pengsannnnnn

norhidana miswan said...

oooops tak tahan ngn soalan iskandar, acik tumpang malu gak iskandar oi... apasal bdk2 perempuan skrg nih kurang perasaan malu, tak mcm acik masa kecik2 dulu...

nsb lah iskandar jenis bercerita n meluahkan kt akak, kalu dia jenis pendam kesian dia, mcm ne lah dia kt sekolah kan...

Papa Mifz said...

macam mana lah Mifz bila dah bersekolah nanti....huhu

Related Story Category

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Giveaway ke3 - done jun 2012-