Thursday, August 1, 2019

Sesuatu tentang dia

Storyline

Apa yang dikatakan oleh penceritaan tentang perempuan sihir itu..terbalik..yang baik adalahnya..dan yang jahat dan syaitan itu adalah si pencerita..

Makhluk Allah terdiri dari yang ghaib dan yang nyata (manusia)..yang ghaib tidak kelihatan di mata manusia..tetapi adakah yang ghaib itu akan dpt melihat setiap perbuatan yang nyata (manusia)..apakah sesi yang dibawangkan sesama mereka?

Mereka mahu muncul di alam nyata atas sebab apa? Sedangkan kehidupan yang nyata ini sangat berahi dengan perubatan yang ghaib itu..ada yang sampai memuja-muja sehingga ilmu itu di cari sehingga kelubang cacing?

Mereka yang ghaib berbesar hati untuk menjadi idol apabila permintaan semakin hari semakin banyak..akan menambahkan umat-umat mereka di akhir zaman nanti..

Kenapa mereka di ghaibkan? Kalau mereka hebat pasti dizahirkan..akan tetapi terbukti yang ghaib itu di ghaibkan kerana ia tidak layak dizahirkan dimuka bumi..kerana penciptanya lebih mengetahui..

Apa sahaja yang ghaib merupakan apa sahaja reflaksi tentang yang baik dan sebaliknya..

(Situasi 1)

Ya aku nampak cahaya menembusi dada lelaki itu melalui jari jemari perempuan sihir itu...dia telah dijampi olehnya...lelaki tersebut terus tunduk akan kata2 perempuan sihir tersebut...

Aku harus mendekatinya apakah kata-kata azimat yang disebutnya supaya aku boleh mencatatnya sebagai bukti...

Apakah reaksi lain yang engkau lihat?

Pda awalnya perempuan sihir itu kelihatan amat marah, dia cuba menjauhkan lelaki tersebut dengan kata-kata yang kesat..dan beberapa jam kemudian dia kembali kepada lelaki tersebut dengan muka yang amat yakin...dia memeluk lelaki tersebut, lelaki itu menepis perempuan itu, kemudian perempuan tersebut mengejarnya dan memeluk dari belakang..kemudian dengan kata2 yang berkumat kamit disebutnya aku ternampak panahan cahaya masuk di dada lelaki tersebut..

Aku terus tersentak dan terus ingin mendekati mereka...

Lelaki itu, terus berhenti dan mengikuti apa sahaja suruhan perempuan sihir itu tadi...

Wow apakah mantera yang digunakan oleh perempuan sihir tadi...aku tak sabar nak mendekatinya..dan ingin mempelajari darinya..

Engkau harus hati-hati neng, kuasanya mungkin boleh mematikan engkau suatu hari nanti..kata Izzra..

Akan tetapi neng sejenis yang tidak pernah mengalah dengan segala nasihat kawan-kawanya...

(Situasi 2)

Eh engkau tahu semalaman aku mengikuti gerak geri perempuan sihir itu..

Dia seorang yang mempunyai hobi yang amat menarik perhatian ku..

Situasi 3

Kelmarin aku mengikuti perempuan sihir itu..kelihatan perangainya agak pelik..

Keadaannya kalini agak lain sedikit..mamanya sedang memarahi perempuan sihir tersebut..kelihatan aura merah antara mereka berdua...setelah aura merah itu meletop keduanya beredar dan menuju ke tempat masing-masing...aku perhatikankan sahaja apa yang cuba dilakukan di bilik sihirnya..

Airmata bersama aura merah tadi dicampurnya di simpan di dalam botol kaca di kamarnya..aku fikir mungkin itu dijadikan patinya dikemudian hari..

Setiap kali muncul aura merah itu, aku terperasan dia mengumpulnya dan disimpan bersama air matanya dia dan orang lain..

Situasi 4

No comments:

Related Story Category

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...