Showing posts with label DoubleIS. Show all posts
Showing posts with label DoubleIS. Show all posts

Thursday, May 23, 2019

Bitt comeback




Long time no see gituh...
Bismillahirahmanirahim...assalamualaikum wahai follower yang sudi lagi baca dan singgah blog yinnie!

Setelah 5 tahun baru harini kembali menaip..apa sudah jadi?

Gini ceritanya...
Selepas tahun 2015 agak sibuk menguruskan doubleis dan travel...masa tu ismeth baru masuk darjah 1 kemudian semakin hari tugasan semakin berat..saya banyak habiskan masa untuk fokus pada pembelajaran doubleis...

Kini dah masuk era keremajaan bagi doubleis...



Iskandar telah pon berjaya masuk sekolah berasrama penuh...dia telah pon mendapat keputusan yang baik dlm peperiksaan UPSR (4A2B) 2018. Dia sangat aktif bersukan sehingga ke peringkat negeri untuk pasukan kriket sekolah wawasan dan juga telah terpilih sebagai tokoh pelajar salsiah terbaik dan juga tokoh sukan sekolah dato onn jaafar tahun 2018.

Manakala ismeth masih lagi di tahap 2 sekolah rendah. Tahun depan dia UPSR pula...seperti biasa anak-anak ni masing-masing ada keunikkannya. Dulu abang dia beriya target sekolah berasrama penuh..tapi tidak untuk ismeth..maka perhatian yang lebih untuk menguruskan Ismeth itu perlu!

Perkembangan diri saya pula haaa terlalu banyak benda nak di bawangkan..sampai tak terbawang! 

Sekarang rutin dah berubah...kerja kerja dan kerja

Aitt serius la..baru faham keadaan ibu-ibu yang bekerja tanpa ada pembantu di rumah. Ya seperti mana yang mengenali diriku..pembantu rumah memang blacklist dlm kehidupan ku...maka sampai sekarang la saya sangat sibuk menguruskan rumah, suami dan anak-anak...tapi yang seronoknya saya mempunyai sedikit waktu untuk hobi dan bersosial bersama kawan-kawan.

Kini setelah seorang pergi meninggalkan rumah...datang lagi anak baru..iaitu anak vulus...hahahaha



Di sebabkan kerja non stop otak sentiasa bergerak..maka body semakin keding...haa ni yang ketara ok..ramai yang bertanya kenapa mengapa bagaimana nak kurus?

Yup...bila otak sentiasa bergerak..waktu tidur pon dah tak boleh nak tidur sangat tapi masih terkawal belum ke tahap insomnia lagi..makan yup saya memang makan nasi..dulu takut makan skit habis la kembang sana sini..sekarang memang tidak lagi..tak jumpa nasi body week kerja pon tak boleh jalan...

Kerja kalini banyak mengunakkan tenaga otak...so wajib makan untuk tenaga memerah otak...
Hari biasa saya banyak habiskan masa 30% digunakan untuk me time..selain jaga body sendiri dan juga hobi 50% untuk keluarga, hal-hal dlm rumah dan berehat dan 20% untuk kerja...

Jikalau pada hari bercuti 20% me time, 70% menguruskan rumah 10% untuk kerja...yup cuti pon kerja grrr

pstt bukan sebab braces je kurus hehehe tu salah satu sebab juga tapi ni hampir 8 bulan pakai dah semua makanan boleh dikunyah, kecuali tiap-tiap bulan tukar getah bracket 3 hari la merana sekejap lepas tu sambung apa sahaja makanan di bedal tanpa was-was hahahaha

Apa jadi dengan blog lama?
Haihh bercerai berai u...berpecah belah dan bersawang gitohh...Hahahaha dari travel ke beauty ke anak-anak sekarang semua di satukan kembali.....nanti ada masa throwback sini...mana tahu ada info info yang boleh diguna pakai untuk kawan-kawan...
Rasanya cukup setakat ini untuk pengenalan harini..nanti ada masa saya tulis lagi...

Youtube :


Related Story Category

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...