Showing posts with label Indonesia. Show all posts
Showing posts with label Indonesia. Show all posts

Wednesday, July 14, 2021

Bali Indonesia


15-18hb March 2016, 4 Hari 3 Malam cuti pengal pertama tahun 2016.

Iskandar 10 tahun, Ismeth 8 tahun....Kalini DoubleIS sangat membantu...mereka tidak merenggek mahupon mengadu boring!! tapi sebelum pergi pon dah inform mereka awal-awal..."masa mama...dan masa mereka" so kalau tak  nak follow plan tak payah ikut! agaggagga setelah semua dah berikrar janji setia boleh turuti plan MAMA...baru semua lulus boleh ikut!

1st tought Iskandar ingat Bali tu di Lautan Hindi hahahahaha

2nd expression dapat pula surprise naik BUSINESS CLASS dan pengalaman enjoy Golden Lounge KLIA belah Regional dan Satellite...lama dah Iskandar kena sampuk nak duduk situ! grrrr

3rd accommodation untuk Ismeth happy dah tentunya pool kena best walaupon hanya duduk di Deluxe Room...tu ada gak kena sampuk dek doubleIS nak ke Kids Suite... adoiii

Hardrock Hotel Bali memang lengkap dengan tema surfing...so Iskandar lebih teruja!...Hardrock di Pantai Kuta memang special untuk surf sahaja...kerana pantai Kuta ombak sangat tinggi dan mencabar dari pantai lain di Bali. Tak silap saya di Hardrock negara lain tak de surfing ni...

Food...di Bali memang susah nak cari food yang halal...so kena makan base seafood je..hari pertama sampai je dinner di Hardrock Cafe Bali, setiap pagi Breakfast di Starz dinner Hardrock hotel...ada satu hari kami lunch di rumah Kak Merry...kak merry ni dua pupu hubby...dia menetap di Denpasar, husband kak Merry memang asli Bali...husband kak Merry ada bawa kami singgah untuk shopping di KISNA mall untuk souvenir...lepas tu bawa kami makan di restaurant Padang!

Kami ada singgah di factory outlet Billabong! berbaloi ke tak baca link tu...lepas tu kami ada singgah makan lunch di sebelah factory outlet Billabong...restaurant Padang juga!

Ada satu malam saya teringin nak makan Balinese  Satay Lelet! hubby bawa di satu tempat paling ramai yang recommend sedap dan halal! waktu-waktu lain banyak tapau KFC...banyak restoran lain berdekatan dengan Hardrock...tapi KFC juga yang senang! KFC ada nasi! pelbagai set KFC ada nasi! so senang untuk perut Ismeth!

Saya memilih satu hari sahaja untuk berjalan cover semua tempat menarik di Bali iaitu pada hari ke-2 16.3.2016.... kerana hari lain dah janji dengan DoubleIS..harini hari mama sehari je ok..please ikut je..esok lusa sampai balik hari korang! kalau tak janji macam tu rimas asik la merenggek nak ke pantai dan pool sahaja...so kami keluar lepas breakfast...supir dan kereta sewa hubby cari sendiri di internet...ada juga recommend dari kawan-kawan tapi semua tu hubby punya keputusan...

Ada tanya beberapa orang yang dah pergi supir kat sana murah tawaran mereka 10 jam pon  tak sampai 200,000 rupiah tapi kini ekonomi meningkat perubahan harga sangat ketara...ada booth offer kereta dengan supir 7 jam hampir 500,000 pula...pandai main harga derang ni....kami sewa kereta apv bersama supir... minyak bayar sendiri last destination baru bayar harga 300,000 rupiah! Owh masa tu minyak Bali mahal dari Malaysia...so kami banyar full tank 125,000 (1 litre 7,000), parking pon kami bayar...total cost untuk kenderaan satu hari tu je dalam 440,000 rupiah dari jam 9 pagi sampai la jam 7 malam (10jam) belum campur lagi tiket masuk dan tips...tu nanti saya story dalam link destinasinya.

Tempat yang saya plan memang agak payah nak susun sebenarnya..kata supir selalu orang plan dari Utara ke Selatan je...kalau masuk timur barat memang jem! agagagga.....dengan tetiba ada perarakan adat lagi di Ubud selepas peranyaan nyepi katanya...memang banyak habis masa dalam kereta je...so dapat cover 5 tempat...dari jam 9 pagi hingga 7 malam!

sampai doubleIS boleh main khemah2 la dalam kereta tuh!
Macam saya kejar masa...saya hanya pilih satu je jenis temple tak payah nak terjah kesemua temple yang ada sebab supir tu kata sama je dalam tu semua mempunyai (pura dan tirta)...temple ikut 8 arah mata angin katanya...setiap utara... selatan semua ada...nak pergi yang cantik jauh..so tak berbaloi..nak ke Tirta Empul mulanya...supir cakap pergi Goa Gajah dan Tanah Lot... Tirta Empul lagi jauh ke dalam nak turun dari Goa Gajah...banyak la tips supir tu kasi untuk saya yang kejar masa ni...

Photolog perjalanan di sekitar Bali sebelum sampai ke tempat destinasi seperti berikut :

Dari Hardrock ke Goa Gajah (1 jam 30 minit) - 45 minit dalam GOA GAJAH
Dari Goa Gajah ke Monkey Forest (28 minit) - 30 minit dalam MONKEY FOREST
Dari Monkey Forest ke Rice Terrace Tegalalang (1jam 30 minit) - 1 jam 10 minit hiking di RICE TERRACE TEGALALANG
Dari Rice Terrace Tegalalang - Denpasar (hampir 2 jam) - 30 minit Lunch di rumah kak Merry 
Dari Denpasar ke Tanah Lot (hampir 2 jam) - 30 minit Sunset di TANAH LOT
balik ke Hardrock lebih kurang 2 jam juga sebab macet!

Sebab dah berjanji dengan doubleIS esok hari mereka...maka ke esokkan pagi kami ke Pantai...saya buat tocang! Mula-mula kakak tu buka harga 100,000 rupiah! memang tak la...saya malas nak layan terus pergi begitu sahaja...last2 kakak tu cakap ok la...50,000! terus saya ON! toleh belakang...owhh bisa...50,000 ya...side crow je pon! lebih kurang RM20

Masa dia buat tu memang pelbagai jenis sales man and women datang...dari nak buat kuku, tattoo, kain sarung, souvenir dan pelbagai! nasib baik pakai spec so tak nampak sangat saya jeling! hahahaha mulut asik cakap tak nak je....! dia tahu orang Malaysia...dah sibuk borak pasal upin ipin! dapat la saya panggilan kak ROS! danggg

Iskandar pula sibuk dengan surfing...kalau guest hardrock ada special price untuk belajar dalam 150,000 sehari gituw! Selebihnya hanya  swim di pool hardrock, Sauna gym dan Tabu (Teen Club) di Hardrock Hotel Bali...

Rasanya tu je kot bebelan saya pasal Bali...orang Bali baik-baik bak kata hubby Bali ni banyak aura positif!! sebab mereka penuh dengan adat...berbanding phuket...tak payah la tengok side pelancong...buat apa...kita ke tempat orang biar lihat budaya asli mereka...tak perlu melihat pelancong yang datang!

“Katakanlah: “Berjalanlah di (muka) bumi, maka perhatikanlah bagaimana Allah menciptakan (manusia) dari permulaannya, kemudian Allah menjadikannya sekali lagi. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu” (Al Ankabut : 20)

pst** semua colour fonts hijau yang bergaris akan di update entrinya bila ada masa free...

Photolog :




post signature

Hardrock Cafe Bali


Malam pertama kami dinner di Hardrock Cafe Bali...nak ke Hardrock Cafe ni kena keluar dari lobi hotel hard rock...

Recommend menu...Nasi goreng hardrock cafe sedap...udang besar-besar!! yang lain macam biasa je...

Malam tu live band main banyak lagu bertemakan Jazz...so balik dari hard rock cafe kami sambung live band di lobi hotel...welcome drink di hidangkan...air markisa! sedap! (sama macam kami ke Makassar dulu hotel sediakan welcome drink dengan air markisa)





















youtube :


back to Bali Travelog
post signature

Sunday, October 23, 2016

Satay Lilit Bali












post signature

Jakarta 2016

Jakarta, Rangga datang mencari CINTA...tapi aku datang membawa hasil cinta! tagline kami bila sampai di Jakarta...maklumla baru panas dengan movie apa ada dengan cinta 2...hahahaha 10 tahun berlalu dimana tempat KEJADIAN Iskandar Zulkarnain...kini tepat tarikh kelahirnya pada 30.5.2016 kami semua berada di sini...

Plan ke Jakarta ni memang satu plan yang tidak di rancang. Tambah pula hubby sibuk dengan kerjanya. Tapi dia gagahkan diri untuk setuju juga kerana untuk REWARD DoubleIS yang mencapai target yang dalam peperiksaan pertengahan tahun mereka, dan hadiah harijadi Iskandar.

Kami berada selama 4 Hari 3 Malam dari 30.5.2016-2.6.2016 merentasi lautan jawa dan waktu awal sejam dari waktu Malaysia...jam 6 petang dah gelap, jam 6 pagi dah terang! cuaca panas tak sebahang Malaysia..

Niat nak jumpa saudara dan rakan di batalkan kerana kekangan waktu...memang kami tak sanggup nak meredah jem (macet) yang terkenal di Jakarta apatah lagi nak pergi shopping di tanah abang.

Penginapan pon hubby pilih katanya bagus duduk di town je sebab 2 tempat penting yang ingin kami lawati berdekatan, malas nak redah jem.

Mana yang tidak tahu..kota Jakarta merupakan 3 kali kota besar dari pusat bandar Kuala Lumpur...maka jemnya pon 3 kali ganda...kepadatannya apatah lagi mallnya....yup terdapat 170 jenis mall di bandar Jakarta sepanjang tahun 2016 ni...bak kata supir setiap 5km perjalanan mesti jumpa mall...tapi tidak la kami terjah kesemua 170 buah mall tu...agaggaggaa 2-3 mall pon dah tak sanggup nak jalan...semuanya besar macam pavillion KL...

Kalau hujan setitik pon jem...yup hari ke 2 dan ke 3 kami berada di sana hujan di sebelah petang...yup!!! kelihatan banjir di kawasan yang rendah di tengah-tengah town! tapi tak lama la hujan berhenti nampak la air surut...(sama je macam Malaysia)

Plan kami untuk :

Hari pertama - berehat di hotel Aryaduta Suites Hotel dan makan dinner di Semanggi Plaza Mall
Hari kedua - Kidzania Jakarta dan makan di Pacific Place
Hari ketiga - Muzium Satriamandala dan Mangga 2
Hari keempat - Pulang ke Malaysia



post signature

Plaza Semanggi Jakarta

Semanggi Plaza yup kami makan dinner dalam mall ni je...dalam ni ada food court ada macam-macam la tempat makan...kami ke Semanggi Plaza ni jalan kaki je memang bersebelahan dengan hotel kami...

Di mall ni ada Balai Sarbini, merupakan concert hall located in central Jakarta.

Bawah sekali ada groceries, tempat kami cari sayur dan buah-buahan...





















post signature

Aryatduta Suites Hotel Semanggi Jakarta

Bilik kami updgrade dari 2 bilik jadi 3 bilik. Hati dah gusar juga sebab takut Ismeth tak nak tidur asing dari abangnya...tapi sangkaan ku meleset...owhh mereka dah besar! Hubby request bilik paling atas...yup wajib kalau duduk di town mesti bilik paling atas...

Sampai je bilik...keterujaan doubleIS berganda....tak sangka ada dapur memasak, ada pan, ada pinggan mangkuk dan ada mesin basuh dengan ruangan dobi!!!! 1st time saya rasa suites hotel yang lengkap semuanya! pisau dan tempat pemotong pon ado!

Apa yang tak best masa sampai tu, nak tunggu bilik lama tapi hubby cakap ambik je bilik yang smoking sebab malas tunggu lama...lepas tu nak tunggu towel tu lambat...sampai doubleIS dah mandi jam 7 towel belum ada...huhuhuhu tapi staff dia bagus semuanya senyum tanya khabar dan mohon maaf atas kesulitan... yang lain-lain tak de masaalah...

Swimming pool soalan pertama doubleIS...hahahahhaa yup kena turun di lobi..lalu depan lobi baru pergi pool so mana pakai bikini tu harap malu yer sebelum sampai ke swimming pool....gagagaggaga kawasan pool besar dari anak-anak sehingga 1.80ft kat sini towel kena bawa dari bilik.

Gym pula jauh kena keluar dari kawasan pool...yup, saya je sempat ke gym... just ada 4 treadmill, dumbbell area ada bench, chest shoulder and leg machines tu je la..tapi ramai yang guna treadmill je nampak...towel disediakan.

Untuk breakfast hanya 2 person je so anak-anak kena bayar sorang dalam RM30...hari pertama je doubleIS makan sama...disebabkan mereka tak banyak makan so hubby decide derang tak payah turun makan lagi...kami beli je breakfast...ye la masing-masing pagi-pagi suka makan roti je...lepas tu hari seterusnya saya bergilir dengan hubby untuk turun breakfast...

Banyak masa kami habiskan juga di hotel ni...dari keluar...so berbaloi la duduk hotel ni...doubleIS pon suka...sebab Ismeth cakap boleh nampak helikopter terbang...depan hotel kami ada private hospital so nampak la heli landing dua tiga kali...

Di malam hari pula...tepat jam 9 malam waktu Jakarta (8 malam waktu  rutin doubleIS tidur) saya teman Ismeth tidur di biliknya, hubby teman Iskandar tidur...cepat mereka lena tak sampai 5 minit dua-dua dah berdengkur...cuma hari ke 3 tu la Ismeth ada night mare...dia datang tidur bilik kami! aaggagagagaa

Suites kami ada 3 bilik 2 bilik air, di bilik air master bedroom je ada bath tub tapi dua-dua bilik air disediakan toiletries set (toothbrush 1, shampoo, showerl gel, cottonbud and lotion)






post signature

Kidzania Jakarta

Dengan happy kami offer Iskandar nak present apa birthday nanti? 1st request abang nak buat party ajak semua kawan dan sedara abang...nak buat nert war...2nd choice?? ermm abang nak pergi kidzania Jakarta! tapi semua ni kalau abang dapat semua A mama setuju buat!

So tiba masanya Iskandar claim reward...party tu mama macam tak larat nak layan kepenatan...maka pilih yang 2nd choices tu la...tapi masa tu Iskandar pon tak tahu...harini nak pergi...pagi tu baru inform mereka!!!! hahahahahahha memang tq..tq..tq je la sampai la ke Kidzania ni!

Tiket kami walk in je...mujur masa tu tak ramai orang, di sebabkan macet nak keluar dari hotel maka kami bertolak jam 9 pagi dari hotel sampai je kidzania di pacific place dalam 10 pagi! nampak sejam perjalanan walaupon dekat nak mampos! aggagagaga

Kami check in di Garuda Indonesia! perghhh masuk je dalam memang buzy giler main road Kidzania Jakarta ni...kalau dia Malaysia ada bomba dan ambulans je...ni di Kidzania Jakarta ada taxi, ada bus, ada lori Prudential...ambik ko...sentiasa buzy dan happening!

Kami di sambut dengan "Selamat datang ya ibuk dan bapak" situ je berlainan konsep greetings...Bank! tu pon lain ya...so kalau duit kidzo di Kidzania Jakarta tak boleh simpan dalam bank di Malaysia...Kidzania Jakarta ada kad bank tersendiri (BRI Bank), Malaysia pakai (CIMB Bank) kidzo tak sama!!!!

Sistem passport..ni kena ingatkan doubleIS untuk cop passport tu...tapi kat Jakarta cop-cop passport ni tak glamour macam kat Malaysia la..dan kami pon tak tahu boleh kira ke tak nanti cop passport tu...kalau tak boleh kenapa ada ruangan sticker cities area kidzania...naaa 1st sampai Kidzania kami ke Information kaunter yang terletak di bahagian atas sama level dengan Stimulaor Airplane...agaknya kami 1st pelawat yang minta-minta sticker ni maka balik baru kami singgah situ ambik sticker! agagagaga

DoubleIS memulakan pekerjaan pertama mereka di Police Department! happening sini nampak mereka main tangkap pencuri...macam polis entri...hahahhahaha Iskandar la siap tolak pencuri masul jail...ganas betul! lepas habis tu mereka di beri air tin sorang satu di sponsor oleh Cap Kaki Tiga Anak Ismeth cakap...sedap air laici bukan air gas...dengan sarung tin yang boleh digunakan untuk letak bekas botal...

Kemudian mereka pergi buat roti di Sari Roti...lepas tu dapat la roti perisa pandan krim coklat...Ya Allah sedapnya roti dia...doubleIS sarapan subway je pagi tadi so datang sini makan lagi...so saya tak risau la akan perut masing-masing tu..tempat buat-buat makanan ni tak payah bayar pakai kidzo mereka yang dapat kidzo...baguskan...kalau macam Kidzania Malaysia MCD nak makan bayar! agagagagga

Lepas tu mereka masuk magic show belajar magic lagi tu kegemaran Ismeth tapi skill kat sini biasa je Ismeth cakap banyak pakai barang...malaysia banyak skill...haihh macam-macam..

Banyak pekerjaan di Kidzania Jakarta ni kalau nak banding dengan Kidzania Malaysia...dua-dua ada kelebihan masing-masing...tapi di sini DoubleIS tak puas lagi katanya memang akan repeat jugak ni!

Mereka cuba cari kerja bidang hotel pula...hahahaha sini best dia ajar macam mana nak kemas katil, nak sediakan meja makan!!! saya harapkan doubleIS jadi la maid hotel tu supaya tau...sekali mereka pilih receptionist!!!! grrrrrrrrrrr mama yang tension!!! ahahhahahahahahahaha haihh memang kena ada baby girl jugak nih!!!

Di Yakult best ada science lab, boleh tengok kuman betul pakai microscope mama!! kata doubleIS...pastu dapat minum Yakult katanya ada 100,000,000 trilillion kuman dalam badan kita ni!

Kemudian pergi Towel Factory, cara nak buat towel...dapat bawa balik towel..ni pon tak keluar kidzo! sudahnya mama memikirkan apa nak buat dengan kidzo korang ni...

Tempat famous dalam Kidzania Jakarta ni tempat buat coklat!!! memang memanjang penuh orang beratur...memang doubleIS tak dapat masuk situ langsung...mana parent yang beraturkan anak akan dikenakan denda! nampak sampai kami tahu info tu! danggggg ada 2 tempat buat coklat situ...tapi tak pe doubleIS sendiri semak bila tengok ramai orang so saya tak de la meroyan suh mereka main lain...

Mereka meneruskan mencari pekerjaan di nugget factory! haa mula-mula sombong tak nak la...buat nugget je pon...sekali masuk keluar dapat nugget...terus nak repeat tempat sama gagagagagaga nampak gaya mereka dah lapar ni...tapi mereka berlari terus ke Metro TV masing-masing nak masuk TV katanya...sorang nak jadi pembaca berita, sorang jadi weather reporter...yang haru bahasa mereka memang bahasa melayu habis!!!! anak-anak dengan penonton-penonton tercengang semuanya dan semua tahu kami dari Malaysia!!!! kantoi sudahhh...hahahahahaha

DoubleIS teringin masuk Secret Agent sini pon hot spot satu group 4 orang ada mission yang best...satu group di beri masa 25 minit untuk solve mission tersebut..masa ni la hubby tapaukan makanan saya suap mereka sambil tunggu line...letih..masa ni juga la mereka dapat kawan dari Aceh namanya Shabil...dan sorang lagi no name sebab dia pemalu akakkakakakaka lepas dapat kawan ni la plan tempat macam-macam...mereka ke tempat buat Mee...dapat mee bawa balik tapi disebabkan kekangan waktu kami je yang plan untuk doubleIS...

Sesi untuk harini dari jam 10 pagi sehingga 4 petang...so tinggal beberapa jam lagi untuk habis...so kami cadangkan pergi tempat yang experience tak dapat kat mana-mana tempat..

So kami bawa mereka ke Survival Instittute, Earthquake...ada cctv kami hanya lihat aksi doubleIS macam mana rasa earthquake, macam mana cara atasi..apa yang mereka perlu buat...keluar je dari situ memang teruja la mereka...dapat feel earthquake mama...memang nampak muka mereka panik dalam tu! good experience untuk mereka...

Last tempat yang masih buka tempat buat donut! Mister Donut...alhamdulillah dapat la donut sedap sorang seketul...

Ambil sticker kemudian masa untuk kami check out dari Kidzania Jakarta! This is my best day of my life kata DoubleIS!!!!


























































































post signature

Related Story Category

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...