Showing posts with label Oversea. Show all posts
Showing posts with label Oversea. Show all posts

Wednesday, July 14, 2021

Bali Indonesia


15-18hb March 2016, 4 Hari 3 Malam cuti pengal pertama tahun 2016.

Iskandar 10 tahun, Ismeth 8 tahun....Kalini DoubleIS sangat membantu...mereka tidak merenggek mahupon mengadu boring!! tapi sebelum pergi pon dah inform mereka awal-awal..."masa mama...dan masa mereka" so kalau tak  nak follow plan tak payah ikut! agaggagga setelah semua dah berikrar janji setia boleh turuti plan MAMA...baru semua lulus boleh ikut!

1st tought Iskandar ingat Bali tu di Lautan Hindi hahahahaha

2nd expression dapat pula surprise naik BUSINESS CLASS dan pengalaman enjoy Golden Lounge KLIA belah Regional dan Satellite...lama dah Iskandar kena sampuk nak duduk situ! grrrr

3rd accommodation untuk Ismeth happy dah tentunya pool kena best walaupon hanya duduk di Deluxe Room...tu ada gak kena sampuk dek doubleIS nak ke Kids Suite... adoiii

Hardrock Hotel Bali memang lengkap dengan tema surfing...so Iskandar lebih teruja!...Hardrock di Pantai Kuta memang special untuk surf sahaja...kerana pantai Kuta ombak sangat tinggi dan mencabar dari pantai lain di Bali. Tak silap saya di Hardrock negara lain tak de surfing ni...

Food...di Bali memang susah nak cari food yang halal...so kena makan base seafood je..hari pertama sampai je dinner di Hardrock Cafe Bali, setiap pagi Breakfast di Starz dinner Hardrock hotel...ada satu hari kami lunch di rumah Kak Merry...kak merry ni dua pupu hubby...dia menetap di Denpasar, husband kak Merry memang asli Bali...husband kak Merry ada bawa kami singgah untuk shopping di KISNA mall untuk souvenir...lepas tu bawa kami makan di restaurant Padang!

Kami ada singgah di factory outlet Billabong! berbaloi ke tak baca link tu...lepas tu kami ada singgah makan lunch di sebelah factory outlet Billabong...restaurant Padang juga!

Ada satu malam saya teringin nak makan Balinese  Satay Lelet! hubby bawa di satu tempat paling ramai yang recommend sedap dan halal! waktu-waktu lain banyak tapau KFC...banyak restoran lain berdekatan dengan Hardrock...tapi KFC juga yang senang! KFC ada nasi! pelbagai set KFC ada nasi! so senang untuk perut Ismeth!

Saya memilih satu hari sahaja untuk berjalan cover semua tempat menarik di Bali iaitu pada hari ke-2 16.3.2016.... kerana hari lain dah janji dengan DoubleIS..harini hari mama sehari je ok..please ikut je..esok lusa sampai balik hari korang! kalau tak janji macam tu rimas asik la merenggek nak ke pantai dan pool sahaja...so kami keluar lepas breakfast...supir dan kereta sewa hubby cari sendiri di internet...ada juga recommend dari kawan-kawan tapi semua tu hubby punya keputusan...

Ada tanya beberapa orang yang dah pergi supir kat sana murah tawaran mereka 10 jam pon  tak sampai 200,000 rupiah tapi kini ekonomi meningkat perubahan harga sangat ketara...ada booth offer kereta dengan supir 7 jam hampir 500,000 pula...pandai main harga derang ni....kami sewa kereta apv bersama supir... minyak bayar sendiri last destination baru bayar harga 300,000 rupiah! Owh masa tu minyak Bali mahal dari Malaysia...so kami banyar full tank 125,000 (1 litre 7,000), parking pon kami bayar...total cost untuk kenderaan satu hari tu je dalam 440,000 rupiah dari jam 9 pagi sampai la jam 7 malam (10jam) belum campur lagi tiket masuk dan tips...tu nanti saya story dalam link destinasinya.

Tempat yang saya plan memang agak payah nak susun sebenarnya..kata supir selalu orang plan dari Utara ke Selatan je...kalau masuk timur barat memang jem! agagagga.....dengan tetiba ada perarakan adat lagi di Ubud selepas peranyaan nyepi katanya...memang banyak habis masa dalam kereta je...so dapat cover 5 tempat...dari jam 9 pagi hingga 7 malam!

sampai doubleIS boleh main khemah2 la dalam kereta tuh!
Macam saya kejar masa...saya hanya pilih satu je jenis temple tak payah nak terjah kesemua temple yang ada sebab supir tu kata sama je dalam tu semua mempunyai (pura dan tirta)...temple ikut 8 arah mata angin katanya...setiap utara... selatan semua ada...nak pergi yang cantik jauh..so tak berbaloi..nak ke Tirta Empul mulanya...supir cakap pergi Goa Gajah dan Tanah Lot... Tirta Empul lagi jauh ke dalam nak turun dari Goa Gajah...banyak la tips supir tu kasi untuk saya yang kejar masa ni...

Photolog perjalanan di sekitar Bali sebelum sampai ke tempat destinasi seperti berikut :

Dari Hardrock ke Goa Gajah (1 jam 30 minit) - 45 minit dalam GOA GAJAH
Dari Goa Gajah ke Monkey Forest (28 minit) - 30 minit dalam MONKEY FOREST
Dari Monkey Forest ke Rice Terrace Tegalalang (1jam 30 minit) - 1 jam 10 minit hiking di RICE TERRACE TEGALALANG
Dari Rice Terrace Tegalalang - Denpasar (hampir 2 jam) - 30 minit Lunch di rumah kak Merry 
Dari Denpasar ke Tanah Lot (hampir 2 jam) - 30 minit Sunset di TANAH LOT
balik ke Hardrock lebih kurang 2 jam juga sebab macet!

Sebab dah berjanji dengan doubleIS esok hari mereka...maka ke esokkan pagi kami ke Pantai...saya buat tocang! Mula-mula kakak tu buka harga 100,000 rupiah! memang tak la...saya malas nak layan terus pergi begitu sahaja...last2 kakak tu cakap ok la...50,000! terus saya ON! toleh belakang...owhh bisa...50,000 ya...side crow je pon! lebih kurang RM20

Masa dia buat tu memang pelbagai jenis sales man and women datang...dari nak buat kuku, tattoo, kain sarung, souvenir dan pelbagai! nasib baik pakai spec so tak nampak sangat saya jeling! hahahaha mulut asik cakap tak nak je....! dia tahu orang Malaysia...dah sibuk borak pasal upin ipin! dapat la saya panggilan kak ROS! danggg

Iskandar pula sibuk dengan surfing...kalau guest hardrock ada special price untuk belajar dalam 150,000 sehari gituw! Selebihnya hanya  swim di pool hardrock, Sauna gym dan Tabu (Teen Club) di Hardrock Hotel Bali...

Rasanya tu je kot bebelan saya pasal Bali...orang Bali baik-baik bak kata hubby Bali ni banyak aura positif!! sebab mereka penuh dengan adat...berbanding phuket...tak payah la tengok side pelancong...buat apa...kita ke tempat orang biar lihat budaya asli mereka...tak perlu melihat pelancong yang datang!

“Katakanlah: “Berjalanlah di (muka) bumi, maka perhatikanlah bagaimana Allah menciptakan (manusia) dari permulaannya, kemudian Allah menjadikannya sekali lagi. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu” (Al Ankabut : 20)

pst** semua colour fonts hijau yang bergaris akan di update entrinya bila ada masa free...

Photolog :




post signature

Hardrock Cafe Bali


Malam pertama kami dinner di Hardrock Cafe Bali...nak ke Hardrock Cafe ni kena keluar dari lobi hotel hard rock...

Recommend menu...Nasi goreng hardrock cafe sedap...udang besar-besar!! yang lain macam biasa je...

Malam tu live band main banyak lagu bertemakan Jazz...so balik dari hard rock cafe kami sambung live band di lobi hotel...welcome drink di hidangkan...air markisa! sedap! (sama macam kami ke Makassar dulu hotel sediakan welcome drink dengan air markisa)





















youtube :


back to Bali Travelog
post signature

Related Story Category

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...